Nama saya Azhar Abu Bakar
Saya seorang Pengurus Besar pentadbiran dan kewangan di sebuah syarikat swasta di Pelabuhan Klang, Selangor.
Berpengalaman selama lebih 25 tahun berurusan dengan pelbagai bank, menguruskan pelbagai jenis pinjaman bank:
- Pinjaman korporat
- Pinjaman syarikat SME
- Pinjaman sewa beli aset
- Pinjaman modal (term loan)
- Pinjaman modal pusingan (overdraft)
- Pelbagai jenis kemudahan kredit perniagaan (BA/BL/Factoring dll)
Berpeluang juga sebagai tanggungjawab sosial membantu rakan-rakan dan komuniti setempat menguruskan beberapa pinjaman bank:
- Pinjaman peribadi
- Pinjaman perniagaan
- Pinjaman sewa beli motor/kereta/rumah/tanah dll
Dari pengalaman menguruskan pinjaman-pinjaman bank ni, kebanyakan permohonan yang ditolak oleh bank, bukan disebabkan tidak layak.
Tapi disebabkan:
- Dokumen permohonan yang tidak disediakan dengan baik, dan tidak menyakinkan pihak bank.
- Pengurusan track record (sejarah) pinjaman yang lemah, menjejaskan peluang permohonan pinjaman untuk diluluskan oleh pihak bank.
Atas permintaan rakan-rakan dan dorongan keluarga, saya menghasilkan satu eBook berkenaan permohonan pinjaman bank dan pengurusan rekod pinjaman bank sebagai satu perkongsian ilmu dan pengalaman agar dapat membantu lebih ramai orang dalam usaha memohon apa sahaja jenis pinjaman bank yang diperlukan.
Dengan eBook saya ini, saya berharap ia akan membantu anda bangkit dan capai apa yang anda impikan.
Anda tidak lagi sekadar berharap. Anda kini mempunyai ilmu, keyakinan dan strategi untuk berjaya mendapatkan pinjaman yang anda perlukan.
Anda juga akan menguasai teknik menjadikan rekod pinjaman anda satu kebanggaan, dan menjadi landasan untuk kejayaan masa depan yang lebih hebat !














































